PERALATAN DAN PANDUAN MENJAHIT - Alat memotong

Pendahuluan
Menjahit memerlukan alatan jahitan. Alatan jahitan asas yang diperlukan ialah
gunting,jarum, jarum peniti, pita ukur dan beberapa jenis benang jahit. Jika kamu mempunyai mesin, kamu boleh mempelbagaikan aktiviti menjahit. Memilih alatan jahitan yang sesuai dan berkualiti serta menjaga dan menggunakannya dengan betul adalah penting.

Alat Memotong
Gunting fabrik
- Digunakan untuk menggunting fabrik sahaja
- Dibuat daripada keluli tahan karat
- Panjang yang biasa digunakan ialah 20 cm
 



Gunting trimin
- Digunakan untuk menggunting bahagian tepi-tepi kain yang tidak dikehendaki
- Panjang gunting ialah 15 cm

 

Gunting Sulaman
- Digunakan untuk kerja sulam menyulam


Gunting Bergerigi
- Gunting bergerigi (pinking shears) mempunyai mata bergerigi berbentuk pucuk rebung. Ia digunakan untuk menggunting tepi fabrik dan mengelakkannya daripada berjerumbai.

Rajah : Gunting bergerigi

Gunting Snipper
  • Kebiasaannya digunakan untuk snip kain terutamanya ketika hendak menjahit lengkuk. Kadang kala boleh digunakan untuk memotong benang.



Rajah : Gunting Snipper


Penetas jahitan

Digunakan untuk menanggalkan jahitan mesin atau jahitan tangan seperti jelujur

- Penetas terdapat dalam pelbagai saiz. Ia berukuran di antara 8 hingga 16 cm.
- Pemegang selalunya diperbuat daripada plastik. Mata penetas seelok-eloknya dibuat daripada keluli. Pisaunya terletak di antara cokeng-cokengan yang mana satu daripadanya tajam dihujung dan satu lagi bulat dihujung.
- Antara kegunaannya ialah :
  1. Membuka mata-mata jahitan
  2. Menebuk lubang butang setelah dijahit mesin.


Rajah : Penetas jahitan

Pemilihan dan kegunaan gunting fabrik
- Gunakan gunting yang diperbuat daripada keluli berkilat.
- Panjang gunting hendaklah tidak kurang daripada 20 cm dan bermata tajam.
- Gunakannya untuk menggunting fabrik sahaja.
- Kesat mata gunting supaya bersih dan kering sebelum disimpan.

NANTIKAN SAMBUNGANNYA........

0 comments: