amir rajalawak sebenarnya adalah seorang yang genius

ramai yang mengatakan amir rajalawak buat lawak tak menjadi, tak lawak langsung, syok sendiri, gagap, ntah apa-apa dan macam-macam lagi.. pada mulanya aku bersetuju dengan pendapat orang ramai ini.. hujung minggu yang lalu, aku telah menonton rancangan maharaja lawak di televisyen.. bila AC mizal menjemput amir rajalawak ke gelanggang, rakan-rakanku yang lain tidak mahu menonton.. pendek kata ketika persembahan amir tu, sama ja macam iklan dimana penonton pergi ke dapur bancuh kopi atau ke jamban membuang air..


aku tetap dengan pendirian aku untuk menonton persembahan amir.. dari mula persembahannya sehinggalah dia habis membuat persembahan, wajah aku 'flat'.. langsung tidak muncul senyuman atau tawa riang.. dalam hati aku berkata "wtf! apa benda dia buat ni?".. memang tak lawak langsung.. rasa macam nak buh penendang.. tapi kini pendapat aku berubah selepas aku mendapati amir ini sebenarnya adalah seorang yang genius!

amir mampu membuat lawak berperingkat.. orang ketiga yang menonton orang yang sedang menonton amir membuat lawak, pasti akan merasa lawak kerana melihat orang itu tidak berasa lawak

anda tidak akan rasa nak tergelak terhadap lawak amir pada kadar serta merta, tetapi kesan atau effect dari lawak amir itu mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu ataupun sebulan..


dua hari selepas aku menonton rancangan maharaja lawak, ada kawan aku yang terlepas untuk menonton rancangan itu, bertanyakan kepada aku kerana dia mahu menonton di youtube "weh, sapa lagi yang best dalam maharaja lawak minggu lepas?".. sebagai seorang yang berperangai sarkastik, aku menjawab "amir best weh.. minggu ni dia perform gilababi.. memang lawak".. lalu kawan aku terus membuat carian di youtube dan menonton video amir ketika persebahan 2 hari lepas..

video : maharaja lawak amir minggu 3

aku perhatikan kawan aku dari jauh.. aku ketawa kesorangan.. aku senyum lebar.. bila kawan aku dah tengok video tu sampai habis, dia berkata "apa lancau lawak dia ni? tak lawak pun!!" terus aku gelak besar sebab tengok muka kawan aku flat dari mula sampai habis.. jadi terbukti amir rajalawak adalah seorang yang genius.. beliau bukan saja layak mendapat title 'maharaja' bahkan 'kepala bapak maharaja lawak'..

video : yang ni ultra super maharaja lawak

** update : kenapa amir tak kalah-kalah lagi ni?? (link)

2 ulasan:

  1. ni main copy ja ka?? takdak kredit pun.. ni nak
    pesan, lain kali kalau nak copy hasil keja atau
    penulisan orang lain, sekurang-kurang letak la kredit
    ke link asal..

    tak malu ka ambik penulisan orang lepas tu buat macam
    sendiri yang tulis? sori ayat kasaq sikit.. semoga
    lepas ni anda belajar dari kesilapan.. terima kasih

    BalasPadam
  2. thank abe crayon...sorry..xingt nk letak :)

    BalasPadam